Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Meta uji penjualan barangan maya di metaverse

    SAN FRANCISCO, 12 APRIL – Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, akan memberikan pencipta kandungan peluang untuk menjual barangan maya kepada pengguna di Horizon Worlds, platform utamanya dalam metaverse, menurut syarikat itu kelmarin.

    “Sebagai contoh, seseorang boleh membuat atau menjual aksesori yang boleh dipasang bagi dunia fesyen atau menawarkan akses pembayaran kepada bahagian dunia baharu,” kata kumpulan teknologi dari California itu dalam sidang media.

    Metaverse, yang disebut-sebut oleh Meta dan syarikat lainnya sebagai Internet masa hadapan, terdiri daripada satu set ‘alam semesta’ yang selari diakses melalui platform realiti maya dan tambahan.

    Ia sudah wujud dalam cara yang mudah dalam bentuk permainan video seperti Minecraft, Fortnite dan Roblox dan platform sosial seperti Horizon Worlds dan VRChat, di mana orang ramai berkumpul bukan hanya untuk bermain, tetapi untuk berinteraksi dan membuat penyertaan dalam acara.

    Meta, yang pendapatannya bergantung kepada pengiklanan berskala besar yang disasarkan, telah menjadikannya misi untuk membuat penyumbang utama kepada kemunculan metaverse, dan ia mencari jalan untuk menarik perhatian umum.

    Untuk itu, rangkaian sosial gergasi itu mencari pencipta kandungan yang berkemungkinan boleh menarik lebih ramai pengguna.

    Ia telah membangunkan dana AS$10 juta bagi pencipta kandungan di Horizon pada Oktober, di mana lebih 10,000 ‘dunia’ berlainan sudah wujud, menurut syarikat.

    Syarikat itu turut merancang untuk memberikan bonus kepada pencipta kandungan yang berjaya mencapai sasaran tertentu – seperti ‘membina dunia yang menarik orang ramai untuk meluangkan masa’.

    Bonus itu tidak akan hanya “tertakluk kepada yuran dan akan dibayar kepada pencipta kandungan secara penuh,” menurut Meta, tidak seperti pendapatan dari barangan maya, yang tertakluk kepada komisen. – AFP

    Meta akan memberikan pencipta kandungan peluang untuk menjual barangan maya kepada pengguna di Horizon Worlds. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...