Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Mexico sudah tersingkir

    ISTANBUL, 1 DIS – Mexico tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang 2-1 ke atas Arab Saudi dalam Kumpulan C pada Rabu, lapor agensi Anadolu.

    Di sebalik beberapa usaha yang dilakukan, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama di Stadium Lusail.

    Mexico memecah kebuntuan, menerusi Henry Martin yang melakukan jaringan dari jarak dekat pada minit ke-48.

    Selepas lima minit, Luis Chavez melakukan sepakan percuma jarak jauh yang menakjubkan dan menewaskan penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Alowais.

    Pada minit ke-56, Hirving Lozano menjadikan kedudukan 3-0, tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

    Sementara itu, pemain Arab Saudi, Salem Aldawsari berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan dan perlawanan berakhir 2-1.

    Dengan keputusan ini, Argentina berada di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata, Poland dan Mexico masing-masing mengumpul empat mata dan Arab Saudi di tangga terbawah kumpulan dengan tiga mata.

    Poland menduduki tempat kedua dan berjaya mara ke peringkat seterusnya, mengetepikan Mexico dengan perbezaan gol. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...