Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hailey tepis dakwaan sudah hamil

    Isteri kepada Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin menafikan dakwaan dia sudah hamil, sebaliknya mendedahkan dia mengalami ketumbuhan cyst pada ovari.

    Perkara itu dikongsikan Hailey sekali gus menepis dakwaan tersebar kononnya dia sedang berbadan dua.

    Kata Hailey, saiz cyst tersebut sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu. Hailey mendedahkan dirinya tidak mengandung.

    “Saya tidak hamil tetapi mempunyai cyst pada ovari saya dan ia sebesar epal. Saya tak sedar bila wujudnya cyst itu yang saya tahu saya cuma rasa loya beberapa kali,” katanya menerusi Instastory miliknya.

    Hailey juga memberitahu bahawa dia tidak menghidap endometriosis atau PCOS.

    “Ia tidak menyeronokkan sebaliknya menyakitkan serta membuat saya berasa kembung perut, kekejangan dan gangguan emosi,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Hailey sekali lagi menegaskan dia tidak hamil seperti khabar angin yang tersebar.

    “Sebagai wanita pasti ramai yang memahami keadaan ini. Ia bukannya anak damit,” jelasnya. – Agensi

    Hailey tepis dakwaan dirinya sedang hamil. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...