Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Miliki rokok seludup, warga asing didenda $62,000

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Seorang lelaki warga Bangladesh, hari ini, telah diperintahkan untuk menjelaskan denda $62,000 kerana memiliki 63 karton rokok seludup.

    Majistret Abdul ‘Azim bin Othman memerintahkan Hadiul Islam, 43, menjalani hukuman penjara selama 16 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa Raya Kastam mendedahkan di mahkamah bahawa defendan didapati memiliki 63 karton rokok seludup, bersama telefon bimbit serta wang tunai $2,245.70 dan S$58.52.
    Penemuan itu adalah hasil peme-riksaan yang dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam di kuarters kerjanya di Kampung Panchor Mengkubau pada 8:20 malam, 24 April lalu.
    Mahkamah mengarahkan telefon bimbit dan wang tunai dilucuthakkan dan rokok dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...