Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Ummi Nazeera sedia jadi antagonis

    Pelakon Ummi Nazeera (gambar) mengakui ‘memilih’ pengarah yang dirasakan sesuai untuk bekerjasama sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan.

    Menurut Ummi, bekerja dengan pasukan produksi yang ‘sinonim’ dengan caranya berkerja lebih mudah kerana dia dapat mengatur jadualnya yang semakin padat.

    “Sejujurnya, buat masa sekarang, saya memilih untuk berlakon dengan pengarah Fali Yahya (Pali Yahya) yang cukup faham dengan cara saya bekerja.

    “Semua drama-drama lakonan saya seperti Suri Katriana, Korban Kasih, Risik Pada Hati dan sekarang Rindu Kasih sebelum ini pun adalah di bawah arahannya.

    Bekerja bersama dengan satu pasukan yang familiar dengan cara kerja kita, lebih mudah dan rileks.

    “Jadi, saya senang untuk mengatur jadual saya dengan skrip yang begitu berat dan padat.

    “Dia lebih memahami cara saya bekerja dan saya pun tahu dia bekerja, jadi masing-masing senang bila nak bekerjasama,” katanya kepada media.

    Dalam pada itu pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini mengakui berasa sangat ‘tertekan’ untuk memilih watak selepas lakonannya dipuji ramai ketika mem- bawakan watak Hafya drama Risik Pada Hati, baru-baru ini.

    Tambahnya, bukan mudah bagi memastikan karakter Hayfa yang sememangnya berat untuk dibawa itu nampak ‘hidup’.

    “Sebenarnya memang pressure untuk saya memilih watak yang ditawar kepada saya sekarang sebab bukan mudah kita nak membawa dan menyampaikan satu karakter.

    “Jadi bila kita berjaya ‘hidupkan’ watak tersebut dalam kalangan penonton, ia akan menjadi lagi satu pressure untuk memuaskan penonton yang sentiasa mengharapkan perkara yang sama untuk segala-galanya,” ujarnya.

    Sementara itu, teraju utama filem Penanggal ini enggan lagi dilabel stereotaip dan klise dek kerana sering ditawar dengan watak protagonis.

    Menurut Ummi, kini dia turut memilih untuk membawa watak antogonis supaya bidang lakonan dapat diwarnakan lagi.

    “Saya faham saya harus memilih watak kerana perlu menjaga imej sebagai wanita Islam bertudung.

    “Tetapi, siapa kata pelakon bertudung tidak boleh membawa watak jahat? Tidak semestinya semua yang bertudung itu baik.

    “Lagipun, projek saya selepas drama Rindu Kasih ini, saya membawa watak antagonis, di mana saya ingin mematahkan stigma yang ‘semua yang nampak baik sebenarnya bukan baik manapun, dan yang nampak jahat dari imejnya, sebenarnya bukan jahat’.

    “Sejujurnya, kita di era yang semua orang suka suka menilai seseorang dari sudut luaran.

    “Ramai memilih untuk memanipulasi orang berdasarkan imej baik yang dicipta mereka,” jelasnya.

    Lari daripada kebiasaan, kali ini, Ummi akan membintangi watak antagonis bagi naskhah seterusnya bagi tahun 2023 yang masih belum diumumkan pengarah Pali Yahya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tujuh pemberontak Maois ditembak

    RAIPUR, 30 APRIL - Sekurang-kurangnya tujuh pemberontak Maois ditembak mati oleh pasukan keselamatan India hari ini, dalam pertempuran terbaharu dalam konflik selama beberapa dekad...