Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    M’sia berhasrat jadi negara Pathfinder

    PUTRAJAYA, 14 OKT – Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder dalam usaha bersama menangani isu aktiviti buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.

    Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Nov 2021 telah bersetuju agar Malaysia menyertai Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Malaysia telah pun mengemukakan surat kepada sekretariat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 31 Mac 2022 berhubung hasrat negara untuk menjadi negara Pathfinder,” menurut KSM. Alliance 8.7 ditubuhkan bagi meningkatkan usaha untuk mencapai Target 8.7 di bawah SDG melalui pengiktirafan sebagai negara Pathfinder. 

    Target 8.7 bertujuan untuk memastikan semua negara mengambil tindakan dan langkah segera dalam menghapuskan buruh paksa, buruh kanak-kanak, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia. KSM memaklumkan penyertaan Malaysia sebagai negara Pathfinder akan membuktikan komitmen dan kesungguhan negara untuk mencapai Target 8.7 SDG dan menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...