Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    MSU anjur majlis ramah mesra

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Sumbangan mahasiswa bukan hanya terhad kepada bidang pendidikan sahaja malahan ia merentasi setiap peringkat komuniti.

    Justeru, Management and Science University (MSU) atas prinsip kebersamaan kelmarin telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Alumni MSU Brunei Chapter yang berlangsung di salah sebuah hotel di Jerudong.

    Majlis berkenaan diadakan khusus bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama merentasi sempadan dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Brunei sejak sekian lamanya merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, modal insan, pertahanan, kebudayaan, kesihatan dan banyak lagi.

    Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Alumni MSU Brunei Chapter dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira bin Dr Mohd Shukri Ab. Yajid.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah binti Abdul Hamid; Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Haji Norarfan binti Zainal; serta pengurusan kanan MSU, wakil kerajaan Negara Brunei Darussalam dan para alumni.

    Profesor Tan Sri Dato’ Wira menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa majlis berkenaan.

    Kerjasama erat di antara Malaysia dan Brunei menyaksikan berlakunya peningkatan kira-kira 20 peratus bilangan kemasukan pelajar Brunei di MSU yang telah menyambung pengajian lanjutan serta graduan dalam pelbagai bidang dan tahap pengajian.

    Manakala dalam aspek perkongsian kepakaran dan pendidikan berkualiti pula menyaksikan MSU telah menjalinkan kerjasama pintar bersama institusi pengajian tinggi di Brunei termasuklah Universiti Teknologi Brunei, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Politeknik Brunei serta Jabatan Sekolah-sekolah.

    Kolaboratif ini merangkumi bidang penyelidikan, mobiliti, pertukaran pakar, aktiviti kemasyarakatan, penajaan dan lain-lain.

    Justeru pelancaran Alumni MSU Brunei Chapter bakal memperluaskan dan mengerakkan lagi rangkaian alumni MSU khasnya di Brunei untuk terlibat secara lebih proaktif dalam pelbagai aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.

    Sehingga kini, terdapat lebih 80 orang alumni MSU telah mendaftar sebagai ahli Alumni MSU Brunei Chapter.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...