Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    MTA, INCEIF University bangunkan Maqasid al-Syariah untuk takaful

    KUALA LUMPUR, 7 DIS – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bekerjasama dengan INCEIF University untuk membangunkan kad skor Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang pertama untuk takaful berdasarkan Maqasid al-Syariah (objektif Syariah) melalui penyelidikan dipacu industri.

    Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata kad skor itu akan membolehkan industri takaful Malaysia mengukur prestasi perniagaan dan bukan perniagaan mereka dengan tepat berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran yang jelas serta garis masa.

    “Ia juga akan memudahkan pematuhan Maqasid al-Syariah dan menambah baik dalam membuat keputusan, perancangan strategik, pelaporan lanjutan dan ketelusan yang lebih baik,” katanya pada majlis menandatangani kerjasama antara MTA dan INCEIF University di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...