Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Murray pamer aksi cemerlang

    CINCINNATI, 16 OGOS – Andy Murray memenangi perlawanan pertamanya di gelanggang keras musim panas ini semalam, menewaskan Stan Wawrinka 7-6 (7/3), 5-7, 7-5 dalam pusingan pembukaan Masters Cincinnati ATP/WTA.

    Pemain Scotland berusia 35 tahun itu berdepan pesaing Swiss berusia 37 tahun buat kali ke-22 dengan juara Grand Slam tiga kali itu masih kembali cergas sepenuhnya selepas dibelenggu kecederaan jangka panjang sejak beberapa musim lalu.

    Murray tewas dalam pusingan pertama di Washington dan minggu lalu di Montreal sementara kemenangan terakhir Wawrinka datang dari gelanggang rumput dua bulan lalu di Kelab Queen’s, London; dia belum menang di gelanggang simen sejak Terbuka Australia pada tahun lalu.

    Murray memerlukan empat mata penamat untuk mara pada kejohanan yang telah dimenanginya dua kali, pada 2008 dan 2011. Pemain veteran itu sedang bertanding di sini untuk kali ke-17.

    “Kami bukan muda lagi,” kata Murray. “Kami berdua memberikan yang terbaik sehingga ke akhir.

    “Perlawanan seperti ini adalah jauh lebih sukar daripada apabila kami berusia dalam pertengahan 20an.” – AFP

    Aksi Andy Murray semasa perlawanan menentang Stan Wawrinka di Pusat Tenis Lindner Family di Mason, Ohio, pada 15 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...