Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Musabaqah menghafaz Al-Quran bermula 20 Mac

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada 20 dan 21 Mac ini.

    Ia akan berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sehubungan itu, semua peserta Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah dinasihatkan agar akan dapat hadir lebih awal pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.

    Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan Urus Setia Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah iaitu Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran, di Blok 2H Tingkat 8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, atau menghubungi talian 2237512 atau 2233364.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...