Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    ‘Musim sejuk’ di Malaysia hingga Februari

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – ‘Bahang’ Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian di Malaysia dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius. 

    Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan. Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.

    “Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” katanya kepada Bernama hari ini. Ketika bertanya mengenai suhu terendah yang kemungkinan dialami negara, Mohd Hisham berkata kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.

    “Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu),” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...