Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    UNISSA sertai pertandingan mahkamah New Delhi

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjadi salah satu universiti dari 60 pasukan yang tersenarai dalam pusingan awal Pertandingan Mahkamah Moot Memorial KK Luthra.

    Penglibatan UNISSA ini telah menunjukkan bahawa ia memperkasakan dan mempamerkan kemahiran advokasi pelajar jurusan undang-undang sepanjang pertandingan mahkamah ‘olok-olok’ di peringkat antarabangsa.

    Hadir di majlis pembukaan pertandingan tersebut ialah hakim dari Mahkamah Agung, Sudhanshu Dhulia. Pusingan akhir diadili oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi New Delhi.

    Turut hadir ialah hakim dari Mahkamah Agung, BR Gavai, dan hakim dari Mahkamah Tinggi New Delhi, CD Singh, Swarana Kanta Sharma, dan Anish Dayal sebagai tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah tersebut.

    Hakim Gavai melahirkan rasa kagumnya terhadap pelajar undang-undang hari ini di mana mereka menurutnya mempunyai akses kepada pendidikan undang-undang dan praktikal.

    “Ia sesuatu yang tidak dimiliki semasa saya belajar undang-undang pada masa dahulu,” jelasnya.

    Beliau juga menegaskan bahawa mempraktikkan undang-undang adalah proses pembelajaran berterusan dan ia haruslah dipraktikkan walaupun sehingga tamat kerjaya.

    Pelbagai institusi telah mengambil bahagian dalam pusingan awal termasuk Universiti Northumbria, Kampus Prithvi Narayan, Pusat Pengajian Undang-undang Universiti Kathmandu, Kolej Undang-undang Kebangsaan (Nepal), Kolej Universiti London, Zimbabwe Ezekiel Guti University, Universiti Great Zimbabwe, Universiti Ibadan (Nigeria) dan Universiti Profesional Bangladesh.

    Pertandingan Mahkamah ‘olok-olok’ ini dinamakan sempena mendiang Peguam Bela Kanan, KK Luthra yang merupakan seorang peguam jenayah terkemuka.

    Pasukan dari UNISSA yang menyertai pertandingan di New Delhi, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...