Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    NCSS bantu usaha lindungi ruang maritim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Ke arah mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mewujudkan ruang maritim yang kondusif terhadap kepentingan kedaulatan, kestabilan dan ekonomi negara, Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan (PPMK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan majlis peletakan batu asas bagi projek sistem pemantauan ruang maritim National Coastal Surveillance System (NCSS) yang berlangsung di Kampung Kuala Tutong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM, di sini, hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN).

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) di JPM, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu yang juga merupakan pengerusi komiti jurupandu projek; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel; Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi@Haji Seruji, mewakili pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Maritim Kebangsaan (JKKM) dan Timbalan Presiden, General Dynamics Mission Systems (GDMS) Kanada, Martin Zablocki.

    Semasa berucap pada majlis berkenaan, Pengarah PPMK, JPM, Komander Rasman bin Puteh telah mengongsi bahawa sistem NCSS akan menerima sumber maklumat maritim daripada rakan strategik serantau mahupun tempatan, big data dan peluang bagi memanfaatkan artificial intelligence augmentation untuk membantu usaha perlindungan dan penyelenggaraan ruang maritim negara yang terkawal.

    Projek yang dilaksanakan oleh syarikat GDMS Itali dan Kanada itu telah menunjukkan perkembangan yang positif sehingga kini dan ia direncanakan untuk mula beroperasi pada April 2023.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa meletakkan batu asas bagi projek sistem pemantauan ruang maritim NCSS yang berlangsung di Kampung Kuala Tutong, baru-baru ini. – Gambar oleh Adib Noor

    Kenyataan menyatakan bahawa NCSS merupakan sistem pemantauan net-centric dan berterusan, 24/7/365-24 jam sehari/7 hari seminggu/365 hari setahun, yang pertama seumpamanya di Negara Brunei Darussalam.

    Penyelenggaraan dan perlindungan ruang maritim negara yang tujuh kali ganda luasnya berbanding kawasan darat merupakan satu cabaran khususnya bagi agensi-agensi dalam sektor keselamatan dan penguatkuasaan di negara ini.

    Dalam pada itu, NCSS akan membantu agensi-agensi tersebut untuk memberikan respons yang terbaik dan bertepatan waktu terhadap ancaman-ancaman keselamatan di kawasan perairan negara dengan mewujudkan maritime domain awareness atau kefahaman dan penilaian terhadap dinamik yang terjadi di ruang maritim.

    NCSS berfungsi dengan menggabungkan sumber maklumat daripada sistem-sistem pengesan RADAR, EO/IR dan komunikasi yang meliputi kawasan pesisir pantai, teluk dan Sungai Brunei.

    Ini termasuk tapak di kawasan Kuala Tutong yang akan dilengkapi dengan menara sistem pengesan setinggi 100 meter. Pusat kawalan atau gerakan NCSS yang di bawah kawalan PPMK, JPM akan ditempatkan di bangunan Multi National Coordination Centre (MNCC) Muara bagi membolehkan penyejajaran usaha komuniti keselamatan secara whole of nation approach dan membudayakan kesedaran sekuriti maritim di skala kebangsaan.

    Sementara itu, PPMK pula akan bertindak sebagai lead agency bagi inisiatif-inisiatif sekuriti dan keselamatan di ruang maritim negara, sebahagian daripada struktur di bawah JKN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...