Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Neymar bantu Brazil benam Jepun

    TOKYO, 7 JUN – Sepakan penalti daripada Neymar pada minit ke-77 telah membantu Brazil menundukkan pasukan Jepun dengan kemenangan 1-0 di Tokyo kelmarin, sekali gus mengekalkan rentak permainan cemerlang mereka sebelum Piala Dunia.

    Sementara itu, Brazil tiba di Tokyo selepas membelasah Korea Selatan 5-1 di Seoul pada minggu lalu tetapi Jepun membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang sukar dikalahkan di hadapan penyokong di Stadium Olimpik.

    Pasukan tuan rumah berjaya mengawal Brazil sehingga Wataru Endo menjatuhkan Richarlison di kotak penalti, dan Neymar meledak gol penalti melepasi penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

    Dengan gol tersebut, Neymar mencatat 74 gol secara keseluruhan untuk negaranya, hanya kekurangan tiga gol sahaja untuk mengatasi rekod Pele.

    Dalam perlawanan tersebut, Lucas Paqueta mempamerkan aksi mencabar pasukan Jepun apabila percubaan terkena tiang pada awal dua minit perlawanan, berikutan dengan sepakan daripada Neymar.

    Penjaga gol Jepun menggagalkan percubaan Raphinha sebelum melakukan satu lagi penyelamatan daripada rembatan Neymar, namun Brazil menyukarkan keadaan pada pertengahan separuh masa pertama.

    Jepun memberikan Brazil peluang melakukan beberapa siri sepakan percuma tetapi percubaan Raphinha yang tersasar adalah satu-satunya percubaan terbaik sebelum separuh masa pertama tamat.

    Brazil memberi tekanan berterusan untuk menjaringkan gol pembukaan, apabila Eder Militao gagal menjaringkan gol walaupun ketika benteng pertahanan pasukan tuan rumah terdedah.

    Tite kemudiannya menurunkan Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli untuk menukar taktik serangan mereka. Richarlison juga diturunkan selepas itu, dan dengan serta-merta memberikan impak yang ketara dalam perlawanan setelah Endo menjatuhkannya, yang terus menghadiahkan sepakan penalti kepada Brazil. – AFP

    Aksi Neymar bersaing dengan Wataru Endo semasa perlawanan persahabatan antara Brazil dan Jepun di Stadium Kebangsaan, Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...