Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Niat peluk Islam tercapai selepas empat tahun

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Setelah empat tahun, niat murni seorang lelaki berusia 32 tahun untuk memeluk agama Islam tercapai setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Tutong, kelmarin.

Christopher Tan Chee Kuang yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Effendy Abdullah Tan telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai PDI.

Ketika ditemu bual, Muhammad Effendy yang telah berhasrat untuk memeluk agama Islam sejak berusia 28 tahun, berkata bahawa beliau membesar dalam persekitaran berbilang kaum dan agama dengan majoriti ahli keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan juga telah memeluk agama Islam.

Sejak empat tahun lalu, dengan sokongan ahli keluarga, keinginannya untuk memeluk agama Islam akhirnya tercapai selepas dia mula bekerja sebagai penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan.

Menurutnya, pada mulanya ia bukanlah mudah tetapi secara beransur-ansur kedua ibu bapanya memberi restu dan ini menyebabkan beliau akhirnya membuat keputusan untuk menukar agama dan menyertai ahli keluarganya yang sudah lama memeluk agama Islam.

Beliau juga melahirkan harapan untuk menimba ilmu agama sebanyak mungkin yang mana beliau kini sedang giat belajar dan mengamalkan solat lima waktu setiap hari serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mengenai perjalanan hidupnya sebagai mualaf, Muhammad Effendy berkongsi bahawa ia tidak sukar kerana beliau sudah biasa hidup bergaul dengan sesama Islam dan mualaf serta yakin akan mendapat sokongan dan motivasi berterusan daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Muhammad Effendy menerima cenderamata selepas majlis pengislamannya.
Muhammad Effendy semasa majlis pengislamannya di Pejabat PDI, Tutong.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -