Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    NiAT tanam 50 anak pokok

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022, kakitangan NiAT telah menanam 50 anak pokok di Hutan Simpan Berakas sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke arah mengembalikan semula kepada alam sekitar.

    Turut hadir pada majlis ialah wakil dari Jabatan Perhutanan.

    Ketua Pegawai Eksekutif di NiAT, Lim Ming Soon mengetuai aktiviti dengan menanam anak pokok pertama.

    Dalam acara itu, setiap kakitangan NiAT juga telah menanam sebatang anak pokok sepanjang aktiviti tersebut.

    Antara anak-anak pokok yang telah ditanam oleh pasukan NiAT termasuk Penaga Laut (Calophyllum inophyllum) dan Ru Laut (Casurina Equistifolia).

    Lim Ming Soon bergambar ramai semasa acara menanam pokok di Hutan Simpan Berakas, baru-baru ini.

    Dalam ucapan, Lim Ming Soon berkata, “Pokok yang kami tanam hari ini bukan untuk kami, tetapi untuk negara kita. Walaupun sumbangan kami mungkin kecil, kami gembira dapat memainkan peranan dalam mempromosikan pemeliharaan alam sekitar untuk masa depan yang mampan melalui acara penanaman pokok kami hari ini.”

    Beliau amat berbesar hati untuk menyaksikan semua kakitangan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembinaan pasukan di luar pejabat, di mana semua orang berhubung semula setelah sekian lama bekerja dari rumah kerana COVID.

    Objektif utama acara tersebut adalah untuk menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam tindakan iklim melalui penanaman dan pemeliharaan pokok bagi menyokong Strategi Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei (BNCCP) Strategi No. 2: Litupan Hutan (Forest Cover), iaitu untuk meningkatkan simpanan karbon negara melalui program penanaman semula hutan dan penghutanan semula, dengan sasaran menanam 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

    Dengan tema tahun ini Only One Earth, NiAT mengiktiraf kepentingan kelestarian sumber Bumi. Pada masa ini NiAT juga memberi tumpuan kepada pemantauan persekitaran Brunei melalui OBSERVE, platform geospatial yang membolehkan pengguna mengintegrasikan pelbagai set data seperti satelit dan teknologi sensor kawalan jauh untuk risikan berasaskan pemantauan lokasi, kapal dan aset.

    Melalui perkongsian dengan beberapa penyedia data satelit terkemuka seperti MAXAR, Spire dan GHGSat, platform OBSERVE NiAT menawarkan keupayaan untuk memantau perubahan penggunaan tanah, pelepasan gas rumah hijau, sinaran suria dan pala cuaca pada resolusi tertinggi yang terdapat di pasaran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...