Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Nikmati air bersih sepanjang masa’

    VIENNA, 21 SEPT – Ketika Eropah mengalami kemarau paling teruk dalam beberapa abad, penduduk di ibu negara Austria berasa amat bertuah kerana dapat menikmati bekalan air yang boleh didapati dengan banyak sepanjang masa dari sungai di hutan hijau Alp.

    Sesuatu yang luar biasa di EU, dua juta penduduk di Vienna mendapat air paip dari puluhan mata air – dengan sumber utama terletak kira-kira 655 meter di atas paras laut.

    Ia adalah satu subjek serius di Vienna, di mana akses air minuman bersih sejak 2001 telah terjamin dalam perlembagaan, menurut laman web bandar itu.

    “Vienna berada dalam kedudukan baik di mana, sebuah bandar dengan jutaan populasi, pertama sekali, kami mempunyai bekalan air yang cukup dan kedua, kami mempunyai air dengan kualiti terbaik,” beritahu Juergen Czernohorszky, pegawai bandar Vienna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kepada AFP. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...