Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Nomad, Farah rahsiakan pernikahan

    Penyanyi Nomad, 35, bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Farah Wahidah Hassan, 40, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, semalam.

    Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat itu diadakan sehari selepas majlis pertunangan pasangan itu.

    Berkongsi perasaannya, Nomad atau nama sebenar, Nur Mohd Alieff Ayub berkata dia sedikit janggal membawa gelaran suami, namun tetap bersyukur apabila majlis pernikahannya bersama isteri berjalan lancar.

    “Saya bertunang dengan isteri, kelmarin. Majlis akad nikah pula berlangsung pada pagi semalam. Mas kahwin pula sebanyak RM13,000.

    “Segala persiapan perkahwinan pada saat akhir berjalan dengan lancar, Alhamdulillah,” kata Nomad.

    Nomad dan Farah kini bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan secara tertutup di Alor Setar, baru-baru ini. – Agensi

    Dalam masa sama, Nomad menjelaskan, dia memilih merahsiakan soal percintaan dan pernikahan disebabkan ia adalah prinsip dipegang sejak dahulu.

    “Kenapa tidak pernah berkongsi kerana apa sahaja perkara yang belum pasti berkaitan dengan kisah hidup terutama dari segi percintaan, saya tidak akan dedahkan.

    “Saya rasa bila sudah sah, barulah saya akan berkongsi. Ada beberapa perkara dalam hidup saya patut kongsi, saya akan kongsi.

    “Tapi, jika tidak perlu, saya tidak akan buka mulut,” katanya.

    Terdahulu, majlis akad nikah Nomad dan Farah diketahui selepas penerbit drama, Fadzil Teh memuatnaik beberapa foto dan video sekitar majlis berkenaan di laman Instagram (IG) miliknya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...