Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nur Aisyah rampas Jersi Kebangsaan

    MELAKA, 30 DIS – Biarpun berkesempatan menjalani latihan beberapa hari sebelum kejohanan, pelumba Terengganu A, Nur Aisyah Mohamad Zubir (gambar) membuktikan kemampuannya apabila merampas Jersi Kebangsaan pada Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2021 hari ini.

    Nur Aisyah, 24, menafikan peluang pelumba Johor A Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas setelah pelumba itu menamatkan saingan di tempat ketiga acara lepas beramai-ramai wanita elit.

    Pelumba Terengganu muncul juara selepas tiba di garisan penamat dengan merekod masa tiga jam, 6 enam minit dan 3 saat, mengalahkan pelumba PDRM Jupha Somnet yang menduduki tempat kedua selepas melengkapkan perlumbaan sejauh 103.2 kilometer. 

    Menurut Nur Aisyah, kejayaan hari ini bagi menebus kekecewaan semalam yang menduduki tempat kedua acara ujian masa individu selain mendedikasi kemenangan itu buat jurulatihnya Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

    “Alhamdulillah memang saya menyasarkan untuk menang pada perlumbaan hari ini. Semalam agak mengecewakan kerana gagal dapat tempat pertama dan beza hanya satu saat.

    Nampak jurulatih juga kecewa tetapi hari ini misi saya tercapai kerana mahu menang untuk beliau.

    “Kemenangan ini juga dibantu dengan kerjasama rakan sepasukan yang memainkan peranan penting dan tanpa usaha keras mereka, saya tidak akan menang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...