Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelihara anak patung jadi teman hidup

    Nama pengacara dan pereka fesyen terkenal dari Indonesia, Ivan Gunawan menjadi perbualan hangat warganet gara-gara memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri.

    Menurut laporan KapanLagi, Ivan turut mencipta akaun Instagram khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu.

    Kata Ivan, 39, anak patung yang kelihatan seperti seorang anak damit itu bukan sekadar permainan, sebaliknya menjadi peneman hidup.

    “Boneka ini hadiah dari Ruben Onsu. Saya buatkan dia Instagram kerana saya tidak melihat ia sebagai patung tetapi teman hidup, teman yang boleh hidup bersama saya.

    “Jadi kalau pergi ke mana-mana saya akan bawa, sebab itu saya buatkan Instagram untuk mereka,” katanya.

    Tindakan Ivan memelihara anak patung itu mengundang rasa kurang senang segelintir warganet sehingga ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak mengambil anak angkat.

    “Saya bukannya tak mahu ambil anak angkat tapi semua itu kena ada persediaan kita kerana mengambil anak bernyawa itu berat ya, hati kena betul-betul sayang.

    “Ya mungkin satu hari nanti kita tak tahu… cuma buat masa ini saya belum terfikir mengambil anak angkat,” ujarnya. – Agensi

    Ivan memelihara dua anak patung dianggap sebagai anak sendiri sekali gus mengundang rasa kurang senang warganet yang mempersoalkan kenapa dia tidak mengambil anak angkat sahaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...