Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NZ bakal kenakan sekatan ketat terhadap Rusia

    ANKARA, 7 MAC – New Zealand pada Isnin mengumumkan melanjutkan sekatan terhadap Rusia melalui perundangan baharu selain mengenakan larangan perjalanan ke atas pemimpin tertinggi termasuk Presiden Vladimir Putin.

    Menerusi satu kenyataan bersama Perdana Menteri Jacinda Ardern dan Menteri Luar Nanaia Mahuta berkata di bawah undang-undang baharu itu ia akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengenakan sekatan baharu.  

    Selain itu, New Zealand turut mengeluarkan senarai baharu, mengenakan larangan perjalanan ke atas Putin, Perdana Menteri Mikhail Mishustin, Menteri Luar Sergey Lavrov, Menteri Pertahanan Sergey Shoygu, bersama 98 pegawai kanan dan individu lain, lapor Anadolu.

    “Hari ini kami mengambil langkah seterusnya untuk meningkatkan sekatan, selaras dengan tindakan rakan kongsi kami,” kata Ardern.

    Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu. 

    Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Feb.

    Lebih 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...