Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Omicron disahkan punca kes COVID-19 Tonga naik mendadak

    SUVA, 10 FEB – Tonga mengesahkan penyebaran varian Omicron di negara kepulauan Pasifik Selatan itu apabila 31 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif di negara itu 64, lapor Xinhua.

    Menurut laman web berita Matangi Tonga Online, Menteri Kesihatan Saia Piukala pada sidang akhbar pagi ini berkata lima ujian yang dihantar ke Australia mengesahkan bahawa varian Omicron COVID-19 sedang merebak di Tonga sekarang.

    Beliau juga mengesahkan 30 kes baharu dilaporkan di pulau besar Tongatapu manakala satu kes dikesan di Vava’u, satu daripada 40 pulau kecil di negara kepulauan itu.

    Kes yang disahkan termasuk individu dewasa yang sudah lengkap divaksin dan kanak-kanak. Kesemua mereka mengalami gejala tidak ketara.

    Pada masa ini, Tongatapu dan Vava’u berada di bawah sekatan COVID-19 selama 14 hari, dengan hanya dibenarkan membeli-belah pada Selasa dan Jumaat.

    Tonga, sebuah negara kepulauan dengan populasi lebih 100,000. Lebih kurang 98 peratus penduduknya telah menerima dos pertama dan 88 peratus dos kedua. Lebih 2,000 orang telah mendapat suntikan penggalak mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...