Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penerbangan khas ke-18 hantar balik 135 lagi warga India

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Seramai 135 orang lagi warga India pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan khas yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei ke Varanasi, Uttar Pradesh, India, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, penerbangan khas berkenaan merupakan penerbangan ke-18 dari Negara Brunei Darussalam ke India.

    Ia juga merupakan penerbangan pertama dari Brunei ke Varanasi di mana penerbangan yang terdahulu telah beroperasi di laluan Brunei-Coimbatore-Brunei.

    Kenyataan itu menyatakan lagi bahawa pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk membantu melancarkan perjalanan para penumpang.

    Sejak Julai 2020, seramai 2,506 orang penumpang telah dihantar pulang oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam menerusi penerbangan khas.

    Warga India berbaris untuk mendaftar masuk bagi penerbangan balik ke India. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...