Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan kesan satu pelanggaran arahan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semasa Operasi Peralihan daripada jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, hanya satu pelanggaran arahan dicatat di seluruh negara dan pesalah telah dikeluarkan denda kompaun.

    Pelanggaran arahan tersebut adalah bagi arahan bertahan di kediaman. Perkara demikian telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Manakala Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya hari ini mengongsikan bahawa pelanggaran arahan tersebut didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...