Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu catat pelbagai kesalahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Sejumlah 24 kesalahan kompaun dan enam kesalahan doket yang melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68 telah dicatat semasa Operasi Sepadu pencegahan jenayah dan sekatan jalan raya yang dikendalikan kelmarin bertempat di persekitaran jalan Pantai Serasa dan beberapa jalan utama Kampung Serasa, Daerah Brunei dan Muara.

    Operasi yang bermula pada jam 5 petang itu diketuai Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Fathdillah bin Haji Abdul Hamid.
    Selain itu, ia juga membabitkan pegawai dan anggota dari Daerah Polis Brunei Muara, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ) serta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

    Diharapkan operasi-operasi yang kerap dijalankan ini akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

    Masyarakat awam juga dipohon agar turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguat kuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna agar kegiatan-kegiatan jenayah dapat dibanteras dengan sebaiknya sehingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

    Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota yang bertugas supaya mengamalkan sifat sopan, berhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan masyarakat awam dalam usaha berganding bahu memben-dung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.

    Anggota polis mengadakan pemeriksaan kereta semasa Operasi Sepadu di persekitaran jalan Pantai Serasa dan beberapa jalan utama Kampung Serasa, Daerah Brunei dan Muara. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...