Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu kesan pelbagai kesalahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 12 JUN – Sepuluh orang ditahan dan pelbagai kesalahan telah dikesan semasa operasi sepadu yang dijalankan di kawasan Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, malam tadi.

    Operasi sekatan jalan raya itu melibatkan tiga agensi penguatkuasaan undang-undang iaitu Daerah Polis Tutong dan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB); Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) yang diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis Ivy Han.

    Menurut kenyataan PPDB, sepanjang operasi itu, PPDB telah menemukan dua kesalahan doket dan 23 kesalahan kompaun melibatkan kenderaan tidak dilindungi insurans, mengubahsuai kenderaan, tidak memasang plat lesen kenderaan dan beberapa kesalahan lagi.

    BKN pula membuat tangkapan terhadap dua orang suspek warganegara tempatan yang memiliki peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

    Manakala itu, JKED menahan lapan orang warganegara tempatan kerana didapati memiliki barangan tegahan seperti rokok pelbagai jenama dan rokok elektronik berserta peralatan-peralatan vape.

    Operasi tersebut adalah usaha berterusan agensi penguatkuasaan undang-undang di Daerah Tutong dalam sama-sama mengambil tindakan yang serius terhadap objektif utama iaitu membanteras jenayah dan kegiatan yang menyalahi undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

    Anggota polis semasa mengadakan sekatan jalan raya dalam operasi sepadu yang diadakan di kawasan Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...