Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Orkid Dendrobium ‘Hassanal Saleha’ dikenalkan

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan dikenalkan dengan sejenis bunga orkid baharu sempena keberangkatan negara Baginda berdua ke Republik Singapura.

    Bunga orkid itu telah disembah kenalkan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Vivian Balakrishnan.

    Orkid yang didaftarkan dengan nama Dendrobium ‘Hassanal Saleha’ merupakan kacukan bunga Dendrobium ‘Singa Friendship’ dengan Dendrobium ‘Simon Tan’. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...