Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Palmer wira kebangkitan Chelsea

    LONDON, 5 APRIL – Cole Palmer menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk melengkapkan hatrik ketika Chelsea mengejutkan Manchester United 4-3 kelmarin, hampir menamatkan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Anak buah Erik ten Hag kelihatan bersedia untuk meraih kemenangan selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mendahului 3-2.

    Tetapi penyokong tegar United sejak kecil, Palmer mengubah permainan dengan menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-100 dan kemudian menjaringkan gol kemenangan beberapa saat kemudian pada penghujung permainan di Stamford Bridge.

    United masih di depan pada 99 minit 17 saat, yang terbaharu bagi pasukan untuk memimpin dalam perlawanan yang kemudiannya tewas.

    Kekalahan pahit itu menyebabkan United di tangga keenam 11 mata di belakang Aston Villa di tangga keempat dengan hanya berbaki lapan perlawanan dan menghadapi musim di luar saingan kelab elit Eropah.

    Reaksi Cole Palmer selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge di London pada 4 April. – AP

    Tetapi ia menjulang skuad kendalian Mauricio Pochettino ke tangga ke-10 dalam jadual, mengekalkan mereka dalam pemburuan tempat Eropah selepas musim yang tidak konsisten.

    Pochettino berkata pasukannya telah bermula dengan baik tetapi cara mereka dibolosi menjejaskan pasukan secara emosi.

    Jurulatih Argentina itu pada musim pertamanya di Stamford Bridge memuji Palmer yang berusia 21 tahun, yang menjadi pemain menonjol kelab itu sejak dia menyertai pada September.

    “Impaknya sangat mengagumkan,” katanya kepada BBC. “Dia melakukan kerja yang hebat. Sukar untuk bercakap lebih lanjut mengenainya. Hari ini dia menunjukkan mentaliti dan kualiti.

    “Saya berkata Cole, dua minit lagi dan untuk percaya,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...