Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pameran Kerjaya UBD buka tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah melancarkan Pameran Kerjaya UBD 2022 dengan tema Change Perspective yang berlangsung di Dewan Canselor UBD, hari ini.

    Pameran yang akan berlangsung hingga 18 Jun itu dirasmikan oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku tetamu kehormat majlis.

    Selepas pelancaran, tetamu kehormat dibawa mengunjungi petak pameran peserta untuk melihat lebih dekat lagi produk yang ditawarkan. Pengerusi Bersama Pameran Kerjaya UBD 2022, Dayang Nur Nasuha Amalina binti Tajuddin antara lain menjelaskan, pameran tahun ini menawarkan peluang berharga kepada pelajar dan alumni untuk meninjau ekosistem penerokaan perniagaan dengan start up tempatan, syarikat yang sedia ada dan pengasas untuk mengambil peluang menjalin rangkaian dengan bakal majikan masa depan.

    “Di samping sebagai platform yang membolehkan majikan dan pekerja menjalin rangkaian, ia juga adalah masa yang sesuai untuk pengunjung mengetahui dengan lebih terperinci industri berkaitan seterusnya mewujudkan hubungan profesional,” tambahnya.

    Pameran kali ini disertai oleh lebih 45 peserta pameran dengan menawarkan lebih 531 kekosongan pekerjaan untuk mengisi kekosongan sepenuh masa dan sambilan serta penempatan amali.

    Di samping itu, klinik walk-in juga diadakan di petak Pusat Rangkaian Pekerjaan dan Latihan Kerjaya UBD (UBD CoNECT) di mana pengunjung berpeluang mendapatkan nasihat dan perbincangan secara perseorangan mengenai prospek kerjaya, sesi semakan CV serta khidmat nasihat kerjaya.

    Acara tahunan ini dianjurkan UBD CoNECT, dengan sokongan Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (OARA).

    Sehubungan itu, pelajar, alumni dan juga pencari kerja dialu-alukan untuk mengunjungi pameran berkenaan bagi mengambil peluang yang ditawarkan.

    Dr Haji Azman semasa melawat salah sebuah petak pameran pada majlis yang diadakan di Dewan Canselor UBD, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...