Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pan Borneo: 90% guna kapasiti tenaga kerja

    KUCHING, 26 OKT – Kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo kini bekerja dengan kapasiti 90 peratus tenaga kerja, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Katanya jumlah itu lebih tinggi berbanding sewaktu pandemik COVID-19 apabila ramai tenaga kerja yang terlibat dengan projek lebuh raya berkenaan, pulang ke negara asal mereka.

    “Mengikut laporan yang kita terima, setakat ini pekerja dari luar negara sudah mula datang kembali (untuk bekerja)…,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat prestasi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, hari ini.

    Fadillah berkata Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 88 peratus siap dan beliau menjangkakan dua lagi seksyen lebuh raya berkenaan akan dibuka bulan depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...