Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pan Gon mahu aksi konsisten pemain

    PETALING JAYA, 8 DIS – Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sudah pasti mahukan kemenangan dalam perlawanan persahabatan pemanas badan dengan Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

    Walaupun kemenangan adalah penting, Pan Gon merasakan konsistensi dan kemampuan anak-anak buahnya memahami dan melaksanakan pelan taktikal adalah lebih utama.

    Bercakap pada sidang media pra-perlawanan menjelang perlawanan persahabatan dengan Kemboja pasukan ranking ke-177 dunia esok, Pan Gon mahu melihat pemain yang kebanyakannya baru kali pertama menyertai kem latihan akan mampu mengikuti ‘DNA Malaysia’ yang ditanam ke atas mereka beberapa hari lepas.

    Jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu juga berjanji pemain akan dapat menikmati aksi beberapa pemain baharu pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok berbanding kelayakan Piala Asia pada Jun dan Piala Raja Thailand, September lepas.

    “Perlawanan menentang Kemboja dan Maldives minggu depan merupakan sebahagian daripada persediaan untuk Piala AFF. Ini amat penting buat pasukan dan peluang terbaik bagi kami untuk menilai sama ada pemain sedia untuk bermain dengan taktik yang kami rancang atau tidak.” – Bernama

    Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon memantau sesi latihan di Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...