Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Panaga Dragons, BSRC Vipers Jr juara Kejohanan Akar Umbi Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 JULAI – Panaga Dragons dan BSRC Vipers Jr telah muncul juara, masing-masing bagi Kategori Bawah Sembilan Tahun (B9) dan Bawah 11 Tahun (B11) dalam Kejohanan Akar Umbi Belait 2023 dengan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan pagi tadi.

    Kejohanan itu merupakan anjuran Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dan Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) yang menyaksikan lapan pasukan ikut bertanding bagi Kategori B9, antaranya BSRC Racoons, BSRC Grassroot FT, BSRC Cougers, Panaga Panthers, Panaga Dragons, PBDB JR, KB FT JR A, dan KB FT JR B.

    Manakala bagi Kategori B11, tujuh pasukan ikut bertanding, termasuk KB FT JR A, KB FT JR B, Hornbill, SR Muhammad Alam, BSRC Vipers Jr, BSRC Synergy, dan BSRC Catalyst.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan selaku tetamu kehormat dengan Presiden PBDB, Pengiran Saiful Redzali bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh.

    Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengiran Haji Matusin, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, terutamanya ibu bapa dan penjaga dalam melibatkan anak-anak mereka dan membantu meningkatkan bakat serta kemahiran dalam bola sepak.

    Pengiran Haji Matusin bergambar ramai bersama Pasukan BSRC Vipers Jr, juara kategori B11 Kejohanan Akar Umbi Belait 2023. – Gambar Oleh Daniel Lim

    Ketua Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi di FABD, Haji Rozaimienizam Haji Jainal, juga menekankan pentingnya kejohanan itu sebagai platform bagi para belia untuk terlibat secara aktif dalam sukan bola sepak.

    Beliau berkata, “Pada masa yang sama, kami ingin menekankan kepentingan kerja berpasukan, kepimpinan, kemahiran sosial, dan membuat keputusan di samping menyemai nilai positif dan baik dalam kalangan pemain muda.”

    Kejohanan ini juga merupakan peluang untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi mewakili PBDB dalam Kejohanan Akar Umbi nanti.

    Antara-Daerah 2023 yang dijadualkan pada November dan Disember tahun ini.

    Keputusan akhir Belait Akar Umbi 2023 menunjukkan Panaga Dragons sebagai juara dalam Kategori B9, diikuti oleh BSRC Racoons dan BSRC Grassroot FT masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Bagi Kategori B11, pasukan daripada BSRC mendominasi podium, dengan BSRC Vipers Jr menduduki tempat pertama, manakala BSRC Synergy dan BSRC Catalyst menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Pasukan teratas dari kedua-dua kategori tersebut telah menerima pingat dan piala daripada tetamu kehormat, dengan semua pasukan menerima sijil penyertaan pada akhir pertandingan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...