Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Parti memerintah Kemboja menang besar

    PHNOM PENH, 6 JUN – Parti memerintah Kemboja mencatat kemena-ngan besar dalam pilihan raya setempat, berdasarkan keputusan awal yang dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan negara itu, hari ini.

    Negara itu mengundi kelmarin dengan tokoh-tokoh pembangkang berharap untuk menggugat cengkaman kuasa pemimpin Hun Sen yang telah lama memerintah menjelang pilihan raya negara tahun depan.

    Namun, keputusan awal menunjukkan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan perdana menteri itu telah mencatat kemenangan besar, memperoleh kira-kira 80 peratus jumlah kerusi.

    Parti pembangkang, Candlelight Party (CP) berjaya mendapat sedikit kuasa dengan 18 peratus kerusi.

    CP dalam satu kenyataan berkata bahawa pilihan raya itu “tidak bebas dan adil” dan tidak “menggambarkan kehendak rakyat Kemboja”.

    Bagaimanapun, parti berkenaan tidak menolak keputusan-keputusan berkenaan.

    Dokumen dalaman CPP yang dilihat AFP menunjukkan parti Hun Sen menerima lebih 5.3 juta undian popular, sementara CP mendapat sekitar 1.6 juta undi.

    Kira-kira tujuh juta orang mengundi dalam pilihan raya itu, NEC berkata kelmarin dengan kehadiran kira-kira 78 peratus.

    Keputusan rasmi tidak dijangkakan sehingga 26 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...