Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pasaran global catat keuntungan menjelang mesyuarat Rizab Perseketuan

    BEIJING, 26 OGOS – Pasaran saham global mencatatkan peningkatan lebih tinggi hari ini menjelang ucapan oleh pengerusi Rizab Persekutuan di mana pelabur melahirkan harapan rizab tersebut akan menjelaskan rancangan yang lebih jelas dan banyak mengenai kenaikan kadar faedah.

    Pasaran saham London dan Frankfurt dibuka lebih tinggi. Tokyo dan Hong Kong turut merekodkan kemajuan manakala Shanghai merosot. Harga minyak turut naik. Para pelabur sedang menantikan ucaptama daripada Jerome Powell pada mesyuarat tahunan Jackson Hole mengenai bila dan berapa kadar kenaikan yang akan dikenakan. Pelabur juga berharap agar mesyuarat tersebut membuahkan hasil dalam memperlahankan inflasi yang berlaku ketika ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan.

    Peniaga bimbang kenaikan empat kali ganda kadar rizab persekutuan tahun ini, ditambah dengan kenaikan oleh bank pusat di Eropah dan Asia mungkin akan menyebabkan pertumbuhan global terjejas. Terdapat beebrapa pakar yang menjangkakan rizab persekutuan akan mula mengurangkan kadar pada 2023 berikutan tanda-tanda ekonomi Amerika Syarikat (AS) mungkin semakin reda.

    “Rizab Perseketuan boleh mula memikirkan untuk menghentikan sementara waktu kenaikan kadar, sekurang-kurangnya untuk akhir tahun ini,” kata Thomas Costerg dari Pictet dalam satu laporan. “Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pemotongan kadar.”

    Pada awal dagangan saham, FTSE 100 di London meningkat 0.3 peratus kepada 7,500.73 dan DAX di Frankfurt naik kurang daripada 0.1 peratus kepada 13,280.26. Pada Khamis, S&P 500 naik 1.4 peratus manakala Dow naik 1 peratus. Komposit Nasdaq meningkat 1.7 peratus. Di Asia, Indeks Komposit Shanghai turun 0.3 peratus kepada 3,236.22 manakala Nikkei 225 di Tokyo meningkat 0.6 peratus kepada 28,641.38. Hang Seng di Hong Kong naik 1 peratus kepada 20,170.04. – AP

    Papan saham elektronik yang menunjukkan indeks Nikkei 225 Jepun di firma sekuriti pada 26 Ogos di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...