Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PBB: Jangan lupa negara paling miskin

    BANGLADESH, 3 MAC – Dunia tidak dapat pulih daripada beberapa krisis sekiranya negara paling miskin dilupakan, beritahu utusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk negara paling mundur kepada AFP sebelum sidang kemuncak utama.

    Jumlah 1.2 bilion penduduk yang membentuk 46 negara paling mundur (LDC) di planet ‘mungkin menerima kesan paling teruk’ akibat koronavirus, bencana iklim dan perang Rusia di Ukraine, kata Rabab Fatima.

    “Pandemik COVID menjejaskan kemajuan pembangunan, terutamanya matlamat pembangunan mampan (SDGs) untuk LDCs selama satu dekad atau lebih,” kata diplomat Bangladesh itu, dan mengeluarkan rayuan sebelum persidangan mengenai pembangunan di Doha bermula hujung minggu ini.

    “Jika kami benar-benar mahu mencatat perubahan, dan memastikan negara berkenaan kembali ke landasan betul untuk mencapai SDG, terutamanya dalam tindakan dekad terakhir ini, kami perlu melabur lebih banyak usaha dan sumber kepada LDC,” tambah wakil tertinggi itu.

    Negara anggota PBB melaksanakan 17 SDG pada 2015, termasuk matlamat untuk mencapai keselamatan makanan, membasmi kemiskinan dan menyediakan akses kepada
    tenaga bersih dan mampu menjelang 2030.

    “Pemulihan mampan tidak dapat dicapai sekiranya tidak ada Agenda 2030 untuk 2030, sekiranya mereka yang ketinggalan di belakang dibiarkan,” kata Fatima.

    Sementara beliau berharap negara penderma tradisional akan datang ke Doha dengan ‘komitmen konkrit,’ beliau menekankan negara miskin digesa jangan terlalu bergantung pada bantuan asing.

    Kami perlu ‘menyokong mereka dalam membina ketahanan terhadap kejutan masa depan,’ kata Fatima.

    Persidangan PBB kelima mengenai Negara Paling Mundur akan berlangsung dari 5 hingga 9 Mac. – AFP

    Gambar fail bertarikh 9 Februari 2023 menunjukkan duta PBB untuk negara paling mundur, Rabab Fatima bergambar di ibu pejabat PBB di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...