Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Mitsubishi Xpander Cross baharu dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar sah tunggal Mitsubishi di Brunei, telah melancarkan model terbaharu Mitsubishi iaitu Xpander Cross di Bilik Pameran Mitsubishi, di Beribi, hari ini.

    Wakil-wakil pihak pengurusan daripada institusi kewangan tempatan telah dijemput untuk menyaksikan pelancaran itu bersama para pengamal media, dan orang awam serta tersedia secara langsung di platform Instagram Live GHK.

    Merasmikan acara dan diberi penghormatan untuk mendedahkan semua barisan Xpander Cross baharu berkenaan ialah Pengarah Urusan GHK Motors, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Pengerusi GHK Motors, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin; Pengarah GHK Motors, Jake Goh, dan Pengurus Besar Jualan Bahagian Mitsubishi, Au Thien Kiong.

    Beberapa orang wakil pengurusan kanan dari Baiduri Finance Berhad, BIBD At-Tamwil Berhad dan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) turut dijemput menyertai perasmian berkenaan.

    Mitsubishi Xpander Cross merupakan MPV crossover yang dikenali sebagai mesra keluarga dengan keupayaan untuk membawa tujuh orang dengan selesa.

    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin bergambar ramai bersama pihak atasan GHK yang lain serta wakil pengurusan kanan dari institusi kewangan tempatan selepas merasmikan Mitsubishi Xpander Cross baharu berkenaan.
    Xpander Cross baharu yang dilancarkan kelmarin.

    Ia menampilkan reka bentuk yang diperbaharui pada fungsi luaran dan dalaman dengan rekaan yang diperbaharui, lebih mantap dan prestasi pemanduan lebih baik.

    Ruang dalamannya juga yang terbaik dalam kelasnya dan susun atur yang membolehkan penumpang masuk dan keluar dengan mudah.

    Xpander Cross dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system (MIVEC) dengan transmisi empat kelajuan automatik, yang telah meningkatkan kesunyian dan kecekapan bahan api.

    Dalam pada itu, GHK dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa promosi Ganjaran Raya GHK telah pun bermula awal bulan ini dan akan berjalan sehingga penghujung Mei depan.

    Sepanjang tempoh promosi itu, pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi termasuk Xpander Cross baharu berkenaan layak menyertai cabutan bertuah Duit Raya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...