Monday, April 29, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    PBB janji beri bantuan kemanusiaan

    NEW YORK, 27 FEB – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kelmarin berjanji untuk memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ukraine, lapor Xinhua.

    Menurut satu kenyataan dikeluarkan PBB, janji itu disuarakan Guterres dalam perbualan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Guterres turut berkata badan dunia itu “akan melancarkan rayuan untuk membiayai operasi kemanusiaan PBB di Ukraine pada Selasa.”

    Dalam satu e-mel, jurucakap setiausaha agung, Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa disebabkan keadaan yang semakin memuncak di Ukraine, Guterres membatalkan rancangannya ke Geneva susulan konflik yang kian meruncing di Ukraine.

    “Beliau hanya akan bercakap pada mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia Isnin ini menerusi rakaman video,” kata Dujarric. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...