Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PCBL tanam 500 pohon pokok

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PCBL

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Sebagai usaha untuk menyokong Strategi Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei (BNCCP) untuk meningkatkan sinki karbon negara dengan program penghutanan dan penghutanan semula yang menyasarkan penanaman 500,000 pohon pokok menjelang 2035, PETRONAS Carigali Brunei Ltd (PCBL) telah menanam sebanyak 500 anak pokok di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, Bandar Seri Begawan baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PCBL, di sini, aktiviti menanam pokok berkenaan adalah bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar tahunan syarikat berkenaan di mana ia menyaksikan penyertaan lebih dari 70 orang peserta dari Autoriti Petroleum Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), PCBL dan rakan-rakan kongsi konsortiumnya serta juga pelajar-pelajar daripada program PETRONAS School of Life.

    Turut hadir semasa aktiviti berkenaan ialah Timbalan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

    Di majlis berkenaan, Ketua Negara PCBL, Mohd Johan Ariff Mohd Supian berkata bahawa inisiatif penghutanan semula tahunan itu adalah satu daripada usaha tanggungjawab sosial korporat PCBL untuk memastikan pemuliharaan biodiversiti selaras dengan Agenda Kemampanan PET-RONAS bagi melindungi alam sekitar.

    “Sejak 2017, kami telah me-nanam lebih daripada 2,000 pohon pokok dengan kolabora-si bersama pelbagai organisasi bukan kerajaan tempatan,” tambahnya.

    Semasa acara itu, 500 pohon anak pokok daripada tujuh spesies pokok berlainan iaitu Selangan Daun Tebal, Meranti Laru, Meranti Merah Kesumba, Kandis, Meranti Siput Jantan dan Cassia Fistula telah ditanam oleh peserta-peserta di tapak yang meliputi tanah kira-kira 1,125 meter persegi.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo ketika turut serta dalam kegiatan menanam pokok yang dianjurkan oleh PCBL.
    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo dan TYT Dato’ Raja Reza bergambar ramai dengan peserta yang menyertai program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...