Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PCG dakwa kapal China langgar peraturan antarabangsa

    MANILA, 27 MAC – Pengawal Pantai Filipina (PCG) menuduh rakan sejawat dari China menghantar salah sebuah kapalnya dalam jarak lingkungan beberapa meter daripada kapal peronda Filipina di Laut China, justeru melanggar peraturan antarabangsa dan risiko pertelingkahan.

    Kejadian berlaku pada 2 Mac lalu berhampiran Scarborough Shoal yang menjadi rebutan – salah sebuah kawasan perikanan yang kaya dan kawasan keganasan antara dua buah negara – tetapi hanya diumumkan kepada awam hari ini.

    Ia adalah kali keempat dalam tempoh setahun kapal pengawal pantai China ‘bergerak di kedudukan hampir’ dengan kawasan perikanan, menurut PCG dalam kenyataan.

    China merampas Scarborough daripada Filipina pada 2012 berikutan kebuntuan tegang.

    Filipina berterusan membuat rondaan di kawasan perairan perikanan, yang berada di Zon Ekonomi Eksklusif.

    “Tindakan melibatkan kapal pengawal pantai China semakin meningkatkan risiko pertelingkahan dengan empat daripada kapal kami,” kata ketua laksamana PCG, Artemio Abu.

    Pada kejadian 2 Mac itu, PCG berkata kapal China mendekati dalam lingkungan 19 meter dari bot peronda mereka, yang mana ‘jelas sekali melanggar’ Peraturan Antarabangsa Bagi Mencegah Pertelingkahan di laut 1972.

    PCG merujuk perkara itu kepada kementerian luar negara, yang baru-baru ini memanggil duta China mengenai kejadian berasingan melibatkan kapal tentera laut China ‘berlegar’ di perairan pulau Filipina.

    Abu berkata agensinya berada di bawah arahan kerajaan untuk terus meronda berhampiran Scarborough Shoal, di mana nelayan Filipina meneruskan aktiviti menangkap ikan.

    Tiada komen diterima daripada kedutaan China atau menteri luar Filipina.

    Ketegangan antara Manila dan Beijing mengenai Laut China Selatan, yang dituntut hampir keseluruhannya oleh China, telah meningkat semasa tahun terakhir penggal Presiden Rodrigo Duterte berkuasa.

    Beijing mengabaikan keputusan tribunal antarabangsa 2016 yang mengisytiharkan dakwaan sejarahnya terhadap kebanyakan Laut China Selatan tanpa sebarang asas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...