Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penubuhan semula komersial udara Macedonia Utara, Bulgaria

    SKOPJE, MACEDONIA UTARA, 27 MAC – Macedonia Utara dan Bulgaria mewujudkan semula hubungan komersial udara kelmarin selepas 13 tahun menerima gangguan, sebagai satu langkah simbolik bagi membina kepercayaan.

    Hubungan antara kedua-dua jiran Balkan tersebut telah lama mengalami ketegangan kerana warga Bulgaria tidak mengenali etnik dan bahasa Macedonia yang berasingan itu, mengatakan bahasa tersebut sebenarnya dialek Bulgaria. Sofia telah menolak pernyataan rancangan jirannya yang lebih kecil untuk memulakan rundingan keahlian dengan Kesatuan Eropah (EU).

    Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Bulgaria GullivAir adalah yang pertama mendarat di lapangan terbang antarabangsa Skopje pada pagi kelmarin. Pesawat berkenaan akan beroperasi dua kali seminggu dengan pesawat turboprop yang memiliki 70 tempat duduk ATR 72-600.

    “Laluan Sofia-Skopje kini menghubungkan dua ibu kota dalam masa 30 minit sahaja. Kami percaya bahawa laluan tersebut mempunyai potensi yang besar, baik untuk pelancongan dan perjalanan perniagaan,” kata Pengurus Besar lapangan terbang Skopje ‘TAV Macedonia’, Metin Batak.

    Penubuhan semula hubungan udara berkenaan dipersetujui pada Januari lalu apabila Perdana Menteri Bulgaria, Kiril Petkov melawat Macedonia Utara dalam usaha untuk membina hubungan antara kedua-dua negara dengan menjanjikan kerjsasama dua hala yang lebih mendalam.– AP

    Macedonia Utara dan Bulgaria mewujudkan semula hubungan komersial udara kelmarin selepas 13 tahun mengalami gangguan, sebagai satu langkah simbolik membina kepercayaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...