Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pelajar hendak ke luar negara perlu hadap permohonan terlebih dahulu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang hendak memulakan pengajian di luar negara atau kembali ke negara pengajian perlu menghadapkan permohonan pendaftaran terlebih dahulu iaitu secara dalam talian di aplikasi web-based melalui pautan bit.ly/pendaftarankeluarnegeri.

    Makluman itu dikeluarkan dalam kenyataan Kementerian Pendidikan, di sini hari ini, di mana ia menerangkan bahawa sebagai susulan kepada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada 30 Disember, pemangku menteri pendidikan memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang akan membuat perjalanan ke luar negara atas tujuan pengajian, bermula 1 Januari 2022 adalah dikehendaki untuk melengkapkan pendaftaran di Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sebelum membuat perjalanan ke luar negara.

    Selain itu, pelajar-pelajar persendirian yang belum mendaftar sebagai pelajar persendirian untuk belajar ke luar negara kini boleh menghadapkan permohonan secara atas talian di aplikasi web-based melalui pautan bit.ly/pendaftaranprivatestudent.

    Kementerian Pendidikan menasihatkan supaya kesemua pelajar Negara Brunei Darussalam yang akan atau sedang mengikuti pengajian di luar negara yang belum mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan untuk berbuat demikian bagi memudahkan pihak kerajaan untuk memantau kesejahteraan pelajar-pelajar di luar negara terutamanya semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...