Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pelajar perempuan mati ditikam

    BERLIN, 6 DIS – Polis hari ini menyiasat motif di sebalik kejadian menikam seorang budak perempuan berusia 14 tahun semasa dalam perjalanan ke sekolah di Jerman dalam kes yang menggemparkan negara itu.

    Seorang pencari suaka berusia 27 tahun dari Eritrea diberkas berhubung dengan serangan kelmarin di Illerkirchberg, selatan rantau Baden-Wuerttemberg.

    Mangsa, seorang budak perempuan warga Jerman dengan asal-usul Turkiye, menerima pertolongan cemas di tempat kejadian namun meninggal dunia di hospital, menurut polis.

    Seorang budak perempuan berusia 13 tahun juga cedera dalam kejadian itu.

    Polis menangkap suspek di ‘pusat penginapan pencari suaka berhampiran.’

    Lelaki itu cedera apabila dia ditahan polis dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Hakim akan memutuskan hari ini sama ada lelaki itu akan ‘ditahan atau dibawa ke pusat psikiatri,’ beritahu pejabat pendakwa negeri kepada AFP.

    Motif serangan dan punca kecederaan yang dialami suspek masih belum diketahui. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...