Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Brazil tewaskan Korea Selatan

    ISTANBUL, 6 DIS – Brazil menewaskan Korea Selatan 4-1 kelmarin dan dijadual menentang Croatia pada suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor agensi Anadolu.

    Brazil memecah kebuntuan seawal minit ketujuh di Stadium 974 menerusi jaringan pembukaan Vinicius Jr dan dibantu oleh Raphinha.

    Enam minit kemudian, Richarlison dijatuhkan oleh Jung Wooyoung dan pengadil memberi sepakan penalti.

    Neymar berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan rembatan kaki kanan.

    Pada minit ke-29, rembatan kaki kiri Richarlison dari tengah kotak penalti berjaya menjadikan kedudukan 3-0.

    Lucas Paqueta menghasilkan gol keempat pada minit ke-36 Selecao selepas dibantu Vinicius Jr. – Bernama

    Aksi Richarlison (kiri), bersaing dengan pemain Korea Selatan, Hwang In-beom semasa perlawanan Piala Dunia pusingan 16 terakhir di Stadium 974, Ar-Rayyan, Qatar, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...