Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RCB sambut ulang tahun ke-55

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 OGOS – Ahli-ahli Kelab Rotary Belait (RCB) telah memperingati ulang tahun ke-55 kelab berkenaan pada majlis makan malam, Sabtu lalu.

    Lebih 300 jemputan hadir pada majlis itu yang terdiri daripada ahli-ahli RCB, Rotary Bandar Seri Begawan dan Miri, rakan-rakan Rotary serta para penyokong dan penaja.

    Antara yang hadir ialah mantan Gabenor Daerah, Jeff Yong Teck Chin yang dialu-alukan ke majlis itu oleh Presiden RCB, Henrietta Hiew.

    Juga hadir ialah mantan Presiden Kelab Rotary Miri, Jenny Liew, AG Jimmy Chung, dan Presiden Rotary BSB, Betty Wong, wanita pertama presiden kelab berkenaan.

    Pengerusi penganjur dan pantadbir kelab, Helen Tang memulakan sambutan dengan minum ucap selamat.

    Majlis sambutan diisikan dengan upacara memotong kek ulang tahun.
    Antara persembahan yang diadakan bagi memeriahkan majlis sambutan berkenaan.

    Ini diikuti dengan ucapan daripada Henrietta Hiew yang menjelaskan bahawa Kelab Rotary adalah pertubuhan perkhidmatan yang ditubuhkan dengan peraturan Rotary Antarabangsa, untuk mempromosikan pertukaran profesional dan menyediakan khidmat sosial.

    “Saya percaya semua orang tahu bahawa mengendalikan kumpulan kebajikan awam
    atau khidmat amal bukanlah mudah. Saya mengucapkan terima kasih kepada mantan-mantan presiden kelab serta ahli-ahli kelab, atas kerja dan usaha amal yang telah di-sumbangkan kepada kelab,” ujarnya.

    Beliau berharap dengan sokongan berterusan, kelab berkenaan dapat mengembangkan projek-projek amalnya, dengan beliau merancang untuk melancarkan program bantuan keluarga ibu atau bapa tunggal.

    Sambutan diteruskan dengan upacara memotong kek oleh tetamu kehormat dan jemputan khas.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah-anugerah khas termasuk anugerah khidmat lama. Antara penerima anugerah berkenaan ialah

    Naib Presiden RCB, Loo Soon Nin dan Helen Tang yang masing-masing telah berkhidmat di RCB selama 55 dan 11 tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...