Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pemandu Vanessa Angel mohon maaf, menyesal jadi punca kematian majikan

    Penyesalan dan permohonan maaf oleh pemandu kereta pasangan Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah iaitu Tabagus Joddy menarik perhatian warganet.

    Ketika dalam persidangan kes kemalangan yang meragut nyawa Vanessa dan suami, Tabagus berulang kali memohon maaf atas kecuaiannya. Rata-rata warganet menganggap permohonan maaf Tabagus itu ikhlas dan turut memberi sokongan serta kata-kata semangat kepadanya.

    Biarpun masih beranggapan Tabagus bersalah namun warganet menganggap kematian pasangan itu ditakdirkan Allah. Menerusi laporan sebelum ini, Tabagus Joddy mengakui menggunakan telefon sehingga berlaku kemalangan maut meragut nyawa Vanessa dan suaminya pada 4 November lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...