Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pembawaan lagu dakwah, puisi Islam dipertingkatkan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 MEI – Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait telah mengadakan program keagamaan bagi para tenaga pembimbing kelas bimbingan Muslimah seluruh negara di Masjid Kampung Sungai Liang, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi.

    Antara tujuan program tersebut ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran menyampaikan lagu dakwah dan bacaan puisi Islam.

    Program tersebut bermat-lamat agar para tenaga pembimbing dari setiap daerah akan bersuai kenal dan beramah mesra serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

    Program diisikan dengan bacaan Al-Quran secara muratal diikuti dengan tadabur A-Quran dan seterusnya bacaan Selawat Ibrahimiyah beramai-ramai serta persembahan nasyid bertajuk ‘Suara Takbir.’

    Acara diteruskan lagi dengan bacaan Selawat Tafrijiyah beramai-ramai diikuti dengan persembahan puisi bertajuk ‘Keyakinanku’ dan diakhiri dengan bacaan Selawat Badriyah.

    Untuk memberkati majlis Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Brunei Darussalam telah dibacakan.

    Antara yang menghadiri program keagamaan bagi tenaga pembimbing kelas bimbingan Muslimah seluruh negara di Masjid Kampung Sungai Liang, Belait, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...