Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pembelajaran HLP dilanjutkan hingga 2 April

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau melalui Home Learning Pack (HLP) dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi bermula 21 Mac hingga 2 April depan.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman menjelaskan, HLP adalah bagi peringkat Tadika, Pra hingga Tahun 6 bagi sekolah-sekolah rendah yang mempunyai keramaian kurang daripada 50 pelajar, serta Tahun 7 hingga 13 bagi semua sekolah menengah, maktab dan pusat-pusat tingkatan enam, di bawah kawalan Kementerian Pendidikan termasuk swasta dan antarabangsa serta Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Pelanjutan tersebut adalah mengambil kira dengan trend jangkitan pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada ketika ini, serta mengambil kira nasihat Jawatankuasa Pandu COVID-19, jelas Yang Berhormat Dato semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Pertimbangan khas juga adalah diberikan kepada institusi pendidikan yang memohon untuk mengadakan pembelajaran secara bersemuka bagi membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan antarabangsa dengan mengikuti SOP yang telah disediakan,” tambah Yang Berhormat Menteri Pendidikan di hujung kenyataannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...