Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pembelian vaksin lawan Omicron dipertimbangkan

    KUALA LUMPUR, 7 SEPT – Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 berasaskan varian khusus terutama yang mampu melawan varian Omicron.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, berkata kementerian belum membuat keputusan bentuk program imunisasi yang akan dilaksanakan sekiranya bercadang menawarkan vaksin itu.

    “Kita akan buat keputusan berdasarkan kepada trend epidemiologi jangkitan sedia ada. Kita belum lagi buat keputusan sama ada kita akan menawarkan vaksin untuk semua atau hanya kepada yang berisiko tinggi sahaja.

    “Sekarang ini kita melihat kepada satu program vaksinasi yang lebih tersasar dan bukan kepada semua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) – Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022 di sini, hari ini.

    Britain pada bulan lepas meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 berasaskan varian khusus dengan menggunakan vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Moderna, sebagai dos penggalak untuk golongan dewasa.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...