Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Pemberian dos ketiga melebihi 70 peratus

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sebanyak 208 dos pertama vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 34,501 dos iaitu 80.4 peratus bagi kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut.

    Perkara tersebut adalah antara yang dikongsikan oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Manakala, sebanyak 1,155 dos kedua vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, menjadikan jumlah dos kedua yang diberikan kepada kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut kepada 20,341 dos iaitu 47.4 peratus.

    “Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin ialah 70.4 peratus,” jelas Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua.

    Beliau seterusnya menjelaskan bahawa sebanyak 217 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan iaitu 216 kes hasil ujian ART dan satu kes adalah hasil daripada 322 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 148,089 kes.

    Menurut beliau lagi, tiada kes dalam kategori 5 dan satu kes berada dalam kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Beliau turut menjelaskan sebanyak 220 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 146,406 kes, manakala kes aktif pula ialah sebanyak 1,460 kes iaitu empat kes sedang dirawat di hospital manakala 1,456 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa mengongsikan statistik terkini jangkitan COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...