Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pemenang khusus Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama terima hadiah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Kementerian Kesihatan petang tadi telah mengadakan acara penyampaian hadiah bagi pemenang khusus untuk Oktober bagi Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama – Kempen ‘BN on the Move’ di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, hari ini.

    Majlis menyaksikan penyampaian hadiah bagi cabaran mencapai 10,000 langkah setiap hari yang mana dua pemenang menerima baucar Sports Dynamic berjumlah $250.

    Sementara itu, seramai 40 pemenang yang mencapai matlamat langkah harian mereka telah menerima baucar Hua Ho bernilai $100 yang terdiri daripada 10 pemenang berumur antara 12 hingga 17 tahun, 10 pemenang berumur antara 18 hingga 40 tahun, 10 pemenang berumur antara 41 hingga 59 tahun dan 10 pemenang berusia 60 tahun ke atas.

    Majlis turut menyaksikan tiga pemenang bagi cabaran media sosial yang masing-masing memenangi baucar Arrowtech vouchers bernilai $50.

    Manakala itu, seramai 100 pemenang bagi cabaran pendaftaran baharu dan jemput rakan pula memenangi baucar Hua Ho bernilai $5.

    Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan, Dayangku Suzylawati binti Pengiran Indera Wijaya Pengiran Dr Haji Ismail dan Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi, Progresif Sdn Bhd, Hafiza Mohamad.

    ‘BN on the Move’ adalah kempen khusus bagi pelan promosi kesihatan untuk memberigakan salah satu ciri baharu dalam aplikasi BruHealth.

    Pelancaran kempen ini menandakan permulaan bagi cabaran 1 Bilion Langkah Bersama pada Ogos lalu bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui berjalan kaki atau meningkatkan tahap kegiatan fizikal melalui aktiviti senaman yang dapat meningkatkan jumlah langkah setiap hari sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan.

    Sementara itu, cabaran 20 Bilion Langkah Bersama mula dilancarkan pada Oktober sehingga penghujung tahun ini dan pada masa ini, lebih 67,000 pengguna telah mengikuti cabaran berkenaan dan lebih 13 bilion langkah telah dicapai.

    Dayangku Suzylawati menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi cabaran media sosial sambil disaksikan Hafiza.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...